Muat Turun Percuma
Free download whoscall app
Imbas dan Muat Turun Whoscall

Penipuan Melalui Panggilan Telefon Kini Semakin Meningkat Di Malaysia

BERITA WHOSCALL
2024-04-18 | Whoscall MY

Kuala Lumpur, 18 April 2024 – Whoscall, peneraju aplikasi anti-penipuan digital dibawah penyedia perkhidmatan TrustTech, Gogolook telah mengenal pasti peningkatan sebanyak 100.92% dalam penipuan melalui panggilan telefon yang diterima dari kalangan penggunanya di Malaysia. Berdasarkan Laporan Tahunan 2023 Whoscall, panggilan penipuan mencatatkan peningkatan sebanyak 1,632,290 panggilan pada tahun 2023 berbanding 812,428 panggilan pada tahun sebelumnya.

Man Yong, Ketua Pemasaran Negara Gogolook Malaysia berkata, “Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa daripada 7 negara Asia, Malaysia adalah negara kedua teratas yang menyaksikan peningkatan penipuan melalui panggilan telefon selepas Hong Kong dan diikuti oleh Jepun yang menduduki tempat ketiga, manakala negara Asia lain seperti Taiwan, Thailand, Korea dan Filipina menyaksikan penurunan dalam penipuan melalui panggilan telefon. Walaupun terdapat peningkatan risiko panggilan penipuan di Malaysia, Whoscall berjaya membantu penggunanya mengenal pasti panggilan penipuan dengan menambahkan penandaan "scam" kepada 1,632,290 panggilan pada tahun 2023. Walau bagaimanapun, 10.35%, bersamaan dengan 168,946 pengguna, masih memilih untuk menjawab panggilan penipuan dalam talian yang ditandai. Ini merupakan satu perkara yang amat membimbangkan, oleh itu kami ingin mengingatkan pengguna untuk tidak melayan atau menjawab sebarang panggilan yang ditandakan sebagai “scam” dan segera mengambil tindakan untuk menyekat nombor tersebut. Mengambil langkah pencegahan awal boleh menyelamatkan anda daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan rakan strategik jangka panjang Whoscall di Malaysia dan bekerjasama rapat dalam perkongsian pangkalan data bagi memerangi kes penipuan dalam kalangan rakyat Malaysia. Mengulas mengenai trend terkini penipuan dalam talian di Malaysia, Duta Anti Penipuan PDRM ASP Rahmat Fitri Abdullah berkata, “Penipuan telekomunikasi adalah kes penipuan dalam talian paling popular dengan lebih 2,092 kes dan mencatatkan kerugian berjumlah RM65.8 juta hanya dalam tempoh dua bulan pertama 2024 (Januari – Februari 2024) [1]. Satu lagi taktik popular ialah penipuan pautan atau URL yang dikongsi melalui aplikasi pemesejan. Kami menggesa rakyat Malaysia supaya berwaspada dan berfikir dua kali sebelum menekan mana-mana pautan.”

ASP Rahmat Fitri turut menambah, “Dengan generatif Kecerdasan Buatan (AI) yang digunakan untuk mencipta kandungan palsu, kini ia menjadi semakin sukar untuk membezakan ketulenan maklumat yang dikongsi. Malaysia kini menyaksikan trend baharu dalam penipuan berasaskan AI dengan memanipulasi berita di mana penipu menggunakan rakaman berita sebenar dan mengubah klip audio untuk mencapai matlamat tertentu seperti menghasilkan berita-berita positif tentang peluang pelaburan dengan harapan untuk memenangi kepercayaan mangsa. Ternyata semakin ramai rakyat Malaysia yang terpedaya dengan helah ini.”

Dengan taktik penipuan yang semakin berkembang dan berubah-ubah, skop pengesanan anti-penipuan Whoscall turut ditambah baik, selain daripada menyaring panggilan dan mesej teks kini ia mempunyai ciri Pengimbas URL (URL Scanner) dan ID Sekuriti (ID Security). Dengan menyepadukan teknologi anti-penipuan dikuasakan AI, Whoscall telah mewujudkan kelebihan global dalam mengesan pautan berisiko dan menyemak pautan yang tidak diketahui daripada pelbagai sumber di bawah ciri Pengimbas URLnya. Dan baru-baru ini, ciri percuma baharu Whoscall - ID Sekuriti , mengubah perlindungan pengguna dengan mengesan kebocoran maklumat dengan pantas hanya dengan menggunakan nombor telefon. Pengguna akan mendapat informasi tentang akaun, kata laluan dan butiran peribadi yang terjejas secara serta merta. Selain itu, ia turut menawarkan cadangan yang boleh diambil pakai untuk meningkatkan keselamatan peribadi penggunanya. Whoscall sedang giat mengembangkan tawaran ciri-ciri baharu untuk menjadi satu aplikasi anti-penipuan penting yang melindungi penggunanya daripada taktik penipuan yang sentiasa berkembang.

Taktik penipuan dilihat akan terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi yang pesat, seterusnya akan menjadi lebih sukar untuk membezakan apa yang selamat atau benar dengan apa yang tidak. Penggunaan alat teknologi untuk menilai risiko dan memastikan keselamatan maklumat menjadi salah satu cara paling berkesan untuk melindungi daripada penipuan dalam talian. Ambil tindakan sekarang dan tebus 1 tahun Whoscall Premium secara PERCUMA
sebelum 30 April 2024 di https://redeem.whoscall.com/ dan gunakan kod promosi “PDRMLawanScams”.

Untuk maklumat lanjut tentang acara akan datang, kempen pendidikan dan sumber berkenaan scam, sila ikuti akaun media sosial Whoscall di https://www.facebook.com/whoscall.malaysia/
dan https://www.tiktok.com/@whoscall.malaysia.
Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam usaha kolektif untuk memerangi penipuan dan melindungi komuniti kita.

[1] https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070949/kerugian-rm664-juta-bagi-jenayah-komersial-awal-tahun-ini