Kami mengesan panggilan berbahaya dan memastikan
keselamatan komunikasi
terbaik dengan menggunakan
teknologi pengenalpastian nombor telefon
berdasarkan pangkalan data yang luas
dan kecerdasan buatan (AI)
Whoscall menggunakan teknologi AI yang canggih untuk menganalisis dan meramal kumpulan penipuan bagi mengenal pasti nombor luar kebiasaan dan memberikan amaran awal.
Melalui sistem laporan yang digunakan secara meluas di seluruh dunia, Whoscall dapat membangunkan sistem pelabelan nombor yang paling terkini dan tepat. Sebuah pasukan pengesahan nombor sentiasa menyemak laporan dan memastikan nombor yang disalah laporkan dikeluarkan.
Whoscall bekerjasama rapat dengan kerajaan antarabangsa dan jabatan polis untuk berkongsi pangkalan data nombor penipuan, lantas meningkatkan lagi keberkesanan panggilan saringan.
Whoscall dapat mengumpulkan sebuah set data yang komprehensif melalui teknologi yang membolehkan Whoscall untuk mencari pangkalan data awam antarabangsa.
Whoscall sentiasa mempertingkatkan tahap keselamatan dan pengurusan maklumat untuk melindungi data pengguna serta memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi. Aplikasi ini telah disahkan oleh piawaian ISO 27001, 27701, dan 9001.
Mekanisme Perlindungan Data Peribadi Yang KetatMatlamat Whoscall adalah untuk memberikan anda perkhidmatan ID pemanggil yang paling tepat lantas membantu anda mengenalpasti pemanggil yang tidak dikenali dalam masa nyata dan mengelakkan panggilan spam atau gangguan. Data yang anda benarkan akan dilindungi dan kami tidak akan menjualnya secara haram atau mendedahkan data tersebut ke mana-mana pihak ketiga.
Data AnonimSemua maklumat tentang nombor yang anda guna, carian atau penjanaan selepas panggilan telefon akan diproses dengan teknologi nyah pengenalan dan ditukar kepada maklumat yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi. Kami tidak akan berkongsi atau menggunakan data yang tidak dikenal pasti dan tidak disulitkan.
Kami Tidak Akan Meminta Kebenaran Aplikasi Yang Tidak DiperlukanKami hanya akan meminta kebenaran minimum untuk mengaktifkan aplikasi ini dan menyediakan fungsi yang diperlukan. Penerangan terperinci diberikan kepada anda sebelum kami meminta kebenaran. Anda boleh membatalkan sebarang kebenaran yang diperlukan oleh aplikasi ini pada bila-bila masa.
Whoscall meminta kebenaran aplikasi daripada pengguna Android untuk memberikan rangkaian penuh ciri produk. Contohnya, kami meminta anda menetapkan Whoscall sebagai tetapan lalai aplikasi panggilan untuk mengenal pasti panggilan masuk dengan lebih cepat dan memastikan penyekatan nombor telefon berfungsi dengan betul. Kami meminta kebenaran SMS untuk membolehkan identifikasi sumber SMS.
Skop permohonan setiap kebenaran yang diminta akan diberikan kepada anda terlebih dahulu. Anda boleh membatalkan atau menolak untuk memberikan kebenaran tersebut pada bila-bila masa jika anda tidak menerima cara kami mengumpul, memproses dan menggunakan data anda, tetapi selepas itu anda tidak akan dapat menikmati rangkaian penuh ciri produk. Sila rujuk ciri berikut yang didayakan oleh kebenaran yang kami minta.
Selain itu, oleh kerana sekatan sistem, kami hanya meminta kebenaran untuk menggunakan APN daripada pengguna iOS.
【Ciri Produk Yang Didayakan Oleh Setiap Kebenaran Aplikasi Android】