Muat Turun Percuma
Free download whoscall app
Imbas dan Muat Turun Whoscall

MALAYSIA NEGARA NO.1 DALAM KEBOCORAN DATA PERIBADI, PANGGILAN PENIPUAN MELONJAK 82.81%!

BERITA WHOSCALL
2025-03-03 | Whoscall MY
Kuala Lumpur, 4 Mac 2025 – Laporan Tahunan Whoscall 2024 yang dikeluarkan hari ini oleh penyedia perkhidmatan TrustTech, Gogolook, mendedahkan bahawa Malaysia mencatat kadar kebocoran data peribadi tertinggi dalam kalangan pasaran utama Asia. Pada masa yang sama, panggilan penipuan di Malaysia melonjak secara mendadak sebanyak 82.81% pada tahun 2024, menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya.

Laporan ini yang menganalisis data penipuan yang dikumpulkan dari Januari hingga Disember 2024 di Malaysia, Taiwan, Thailand, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Filipina, turut menekankan peningkatan risiko kebocoran data peribadi yang mendorong peningkatan penipuan bersasar di seluruh rantau ini.

Malaysia Catat Kebocoran Data Peribadi Tertinggi di Pasaran Asia yang Dikaji

Malaysia merekodkan kadar kebocoran data peribadi tertinggi dalam kalangan negara yang dikaji, dengan 72.5% pengguna yang memeriksa status mereka melalui ciri ID Security Whoscall mendapati maklumat mereka telah dikompromi.

Voon Chang Liew, Pengarah Pembangunan Perniagaan Gogolook di Malaysia, menjelaskan, “Walaupun nombor telefon adalah data paling kerap terdedah di semua negara (98% di Malaysia), Malaysia kini di tangga teratas dengan kadar kebocoran nama yang tinggi (89%), diikuti oleh alamat dan emel. Keadaan ini menjadikan penipuan penyamaran lebih meyakinkan kerana penipu (scammer) memanfaatkan nama yang sudah terdedah untuk menyamar sebagai pihak bank, agensi kerajaan, atau perkhidmatan penghantaran.”

"Dengan butiran peribadi yang mudah diperoleh, penipu dapat melancarkan percubaan penipuan yang sangat bersasar. Ciri ID Security Whoscall membantu pengguna mengesan kebocoran data lebih awal, membolehkan mereka mengemas kini kata laluan dan melindungi akaun sebelum penipu mengambil kesempatan."

Sebaliknya, alamat e-mel merupakan jenis data kedua paling banyak bocor di Taiwan, Thailand, Jepun, dan Filipina, di mana e-mel pancingan data (phishing) menjadi kaedah penipuan utama. Maklumat akaun dan alamat rumah pula kekal sebagai risiko tinggi di seluruh rantau ini, mendedahkan pengguna kepada ancaman pencurian identiti dan penipuan kewangan.

Panggilan Penipuan Meningkat 82.81% – Kerugian Kewangan Mencecah RM1.57 Bilion

Aktiviti penipuan semakin meningkat dengan pantas, di mana penipu memanfaatkan kebocoran data peribadi untuk melancarkan taktik penipuan yang lebih canggih. Panggilan penipuan meningkat sebanyak 82.81%, manakala penipuan SMS naik 19.97%, menunjukkan bahawa penipu kini lebih bergantung kepada panggilan, namun masih menggunakan mesej teks untuk memperdaya mangsa.

Peningkatan aktiviti penipuan ini juga berkait rapat dengan lonjakan kerugian kewangan, apabila penipu memanfaatkan kebocoran data peribadi dan taktik penipuan berasaskan AI untuk menyasarkan mangsa dengan lebih berkesan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkongsi, “Kerugian kewangan akibat penipuan di Malaysia melonjak kepada RM1.57 bilion pada tahun 2024, meningkat daripada RM1.22 bilion pada 2023. Penipuan berasaskan AI, termasuk video deepfake selebriti dan ahli politik, semakin memudahkan penipu memperdaya mangsa ke dalam pelaburan palsu atau perangkap pancingan data (phishing). Jenis penipuan ini semakin sukar dikesan, terutamanya bagi golongan warga emas yang sering menjadi sasaran kerana simpanan kewangan mereka.”

“Bagi mengekang isu ini, PDRM meneruskan kerjasama strategik dengan Whoscall dengan berkongsi nombor penipuan yang disahkan PDRM dalam aplikasi Whoscall, mengiktiraf penyelesaian berasaskan AI sebagai barisan pertahanan pertama yang amat penting. Apabila taktik penipuan semakin canggih, membezakan yang asli daripada palsu menjadi lebih sukar, menjadikan aplikasi seperti Whoscall sangat penting dalam melindungi orang ramai.”

Taktik Penipuan Utama di Malaysia

Pada tahun 2024, taktik penipuan terus berkembang dengan penipuan perbankan, perjudian, dan pancingan data (phishing) menjadi antara jenis penipuan paling kerap dilaporkan.
  • Panggilan Penipuan: Jenis panggilan penipuan dan spam yang paling banyak dilaporkan melibatkan penipuan perbankan atau kutipan hutang (25.15%), diikuti oleh penipu yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau perniagaan (22.40%).

  • Penipuan SMS: Penipuan berkaitan perjudian mencatat 45.16% daripada kes penipuan SMS, diikuti oleh penipuan kewangan (21.47%) yang merangkumi peluang pelaburan palsu dan perkhidmatan pinjaman wang palsu. Jenis mesej penipuan lain yang turut kerap dilaporkan termasuk penipuan bungkusan (5.29%), penipuan telekomunikasi (5.60%), dan peringatan pembayaran palsu (5.82%).



  • Phishing & Pautan Berbahaya: URL Scanner Whoscall mendapati bahawa 16.56% pautan berbahaya menyamar sebagai halaman pendaftaran, memperdaya mangsa untuk menyerahkan data peribadi. Sebanyak 16.52% lagi pautan palsu menggalakkan pengguna memuat turun aplikasi atau perisian (software), yang boleh memasang perisian hasad (malware) atau perisian pengintip (spyware) pada peranti mereka.

Whoscall, penyelesaian anti-penipuan berkuasa AI yang dipercayai dan disokong oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), membantu rakyat Malaysia mengesan panggilan penipuan, menapis SMS mencurigakan, dan mengenal pasti pautan berbahaya secara langsung. Gunakan ID Security Whoscall bagi menyemak kebocoran data peribadi dan Auto Web Checker untuk menerima amaran penipuan segera semasa melayari laman web yang mencurigakan. Muat turun Whoscall hari ini sebagai langkah penting untuk melindungi diri anda daripada taktik penipuan yang semakin berleluasa.