Muat Turun Percuma
Free download whoscall app
Imbas dan Muat Turun Whoscall

Sambut Raya dengan Penuh Keyakinan, Whoscall Tingkatkan Perlindungan daripada Scam

PROMOSI & PERADUAN
2025-04-01 | Whoscall MY

Sambut Raya dengan Penuh Keyakinan, Whoscall Tingkatkan Perlindungan daripada Scam

YouTube video

Ketika rakyat Malaysia menyambut Hari Raya, Whoscall kekal komited untuk memastikan anda berkomunikasi dengan selamat dan bebas daripada penipuan di musim perayaan ini. Dengan peningkatan kes penipuan berkaitan Raya yang dilaporkan sejak kebelakangan ini menunjukkan betapa pentingnya perlindungan komunikasi telefon yang kukuh. Bagi menyokong usaha ini, Whoscall menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 20% untuk langganan Premium bulanan dan tahunan, bermula sekarang hingga 30 April 2025. Raya lebih tenang bila panggilan, SMS dan data peribadi anda dilindungi oleh Whoscall.

Cabutan Bertuah: Menangi Langganan Whoscall Premium selama 1 Tahun

Bagi memeriahkan lagi suasana di musim perayaan ini, Whoscall menganjurkan Cabutan Bertuah Raya yang cukup istimewa! 10 pelanggan Whoscall Premium yang bertuah akan memenangi langganan Premium 1 tahun secara PERCUMA.

Cara-cara untuk menyertai:

  1. Langgan Whoscall Premium selama 1 bulan = 1 penyertaan

  2. Langgan Whoscall Premium selama 1 tahun = 10 penyertaan

  3. Isi borang penyertaan sepanjang tempoh promosi untuk menghantar penyertaan anda dan cubalah nasib anda!

Ancaman Penipuan Raya Semakin Meningkat

Menurut laporan terbaharu New Straits Times, penipu dalam talian mengambil kesempatan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengubah taktik mereka dalam memperdaya mangsa. Antara taktik yang digunakan termasuklah menyalahgunakan promosi jualan dan pertandingan yang dianjurkan oleh platform beli-belah dalam talian bagi memerangkap pengguna yang tidak berwaspada.

Pastikan anda menyemak dahulu kesahihan penjual dan badan kebajikan dalam talian sebelum membuat sebarang pembayaran. Selain itu, elakkan memuat turun aplikasi daripada sumber yang diragui kerana ia mungkin mengandungi virus atau malware.

Bagaimana Whoscall Membantu Melindungi Anda

A group of people holding signs<br><br>AI-generated content may be incorrect.

Whoscall yang diiktiraf oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertujuan memberikan perlindungan menyeluruh daripada ancaman penipuan. Aplikasi ini bukan sahaja menawarkan ciri pengenalan pemanggil, malah turut dilengkapi dengan fungsi tambahan seperti "Auto-Web Checker" yang menggunakan teknologi AI bagi mengesan pautan berbahaya pada masa nyata.

  • Pangkalan Data & Penyelesaian Keselamatan Berasaskan AI:
    Whoscall menggunakan teknologi AI untuk menganalisis dan meramal aktiviti kumpulan scam, mengenal pasti nombor mencurigakan, serta memberikan amaran awal kepada pengguna.

  • Perkhidmatatan ID Pemanggil:
    Whoscall membantu anda mengenal pasti pemanggil tidak dikenali secara masa nyata, sekaligus mengelakkan panggilan spam atau gangguan.

  • Penapisan SMS:
    Whoscall menyediakan penapisan SMS bagi membantu pengguna mengenal pasti dan menghindari mesej spam, termasuk mesej yang mengandungi pautan phishing.

  • Auto-Web Checker:
    Ciri ini membantu pengguna mengelakkan laman web phishing dengan menyemak kesahihan pautan (URL) sebelum anda mengkliknya.

  • ID Security Check:
    Whoscall membolehkan pengguna menyemak tahap keselamatan ID peribadi dengan satu klik, memaparkan sumber kebocoran data serta mengelakkan maklumat peribadi anda daripada digodam.

  • Kemas Kini Automatik Pangkalan Data Nombor:
    Panggilan spam dan penipuan sentiasa berubah. Dengan melanggan Whoscall Premium, anda boleh kekal dilindungi dengan pangkalan data terkini yang dikemas kini secara automatik, menjadikannya mudah untuk mengenal pasti nombor spam tanpa sebarang kerumitan.


A person sitting in a chair<br><br>AI-generated content may be incorrect.

"Bersempena sambutan Raya kali ini, kami ingin menghargai pengguna kami dengan menawarkan diskaun eksklusif serta memberi ganjaran kepada 10 pemenang bertuah dengan langganan Whoscall Premium percuma selama setahun. Dengan peningkatan kes penipuan, Whoscall komited untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan alata tau aplikasi perlindungan komunikasi yang lebih selamat. Promosi istimewa ini bertujuan memastikan ciri-ciri Premium kami lebih mudah diakses agar semua orang dapat menikmati musim perayaan dengan selamat dan tenang," kata Man Yong, Ketua Pemasaran Whoscall Malaysia.

Jangan lepaskan tawaran istimewa ini! Langgan Whoscall hari ini dan nikmati diskaun eksklusif Raya sebanyak 20%, serta peluang anda untuk menang dalam Cabutan Bertuah! Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/whoscall.malaysia/ dan https://www.tiktok.com/@whoscall.malaysia.

Muat turun Whoscall di App Store atau Google Play untuk bersama-sama melindungi diri daripada penipuan - untuk sambutan Raya yang lebih selamat dan bijak.

# # #