Muat Turun Percuma
Free download whoscall app
Imbas dan Muat Turun Whoscall

Tawaran Gempak Tapi Betul Ke?Semak Dulu Sebelum Klik!

FITUR BAHARU WHOSCALL
2025-06-11 | Whoscall MY

Bayangkan pada hari minggu, anda sedang baring sambil layan drama dan skrol telefon. Tiba-tiba anda ternampak satu iklan kerja yang menarik perhatian. “Jana pendapatan RM500 sehari dari rumah, tak perlu pengalaman.” Atau mungkin “peluang pelaburan masa terhad” yang menjanjikan pulangan besar. Dengar macam satu peluang yang tak boleh dilepaskan, tapi boleh percayakah?

Realitinya, kalau anda terlihat sesuatu yang “too good to be true”, besar kemungkinan ada udang di sebalik batu. Tapi bayangkan kalau anda tak perlu lagi ragu-ragu setiap kali terima mesej, tengok hantaran, atau baca emel. Bayangkan kalau anda ada kawan berkuasa AI yang boleh terus bagitahu sama ada tawaran itu betul-betul sahih atau sebenarnya helah penipuan yang licik.

Whoscall kini memperkenalkan Content Checker, satu inovasi baharu yang membantu pengguna mengenal pasti mesej mencurigakan. Sesuai untuk sesiapa yang selalu tertanya-tanya, “Adakah ini satu penipuan?”

Perisai Anti-Scam di Hujung Jari Anda

Content Checker bukan sekadar alat biasa. Ia adalah ciri pintar berasaskan AI yang berfungsi seperti detektif penipuan peribadi anda. Ia mengimbas iklan pekerjaan, tip pelaburan, notifikasi palsu dan tawaran promosi untuk mengenal pasti sebarang unsur mencurigakan dengan pantas dan tepat.

Content Checker menggunakan gabungan pangkalan data penipuan Whoscall yang dipercayai dan model bahasa canggih untuk menganalisis mesej mencurigakan secara automatik. Ia membantu anda mengenal pasti sama ada sesuatu mesej itu berunsur penipuan atau tidak.

Ciri pintar ini dilatih untuk mengenal pasti corak penipuan berdasarkan:

  • Nombor telefon dan domain yang pernah dikaitkan dengan scam

  • Struktur mesej dan penggunaan kata kunci mencurigakan

  • Trend serta taktik penipuan semasa


Setiap kali anda memuat naik mesej, nombor telefon, pautan URL atau tangkap layar (screenshot), anda akan menerima laporan penilaian risiko yang jelas sama ada selamat, mencurigakan atau scam. Dengan maklumat ini, anda boleh membuat keputusan dengan lebih yakin. Semuanya mudah, pantas dan sangat berkuasa.

Cara penggunaannya sangat mudah:

  • Ambil tangkap layar mesej yang mencurigakan

  • Muat naik ke aplikasi Whoscall melalui butang “Check”

  • Terima semakan risiko dalam beberapa saat sahaja


Lebih Daripada Sekadar Tangkap Laya, Ia Perlindungan Menyeluruh daripada Scam

Content Checker hanyalah sebahagian daripada pakej keselamatan lengkap yang ditawarkan oleh Whoscall. Diiktiraf oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Whoscall direka untuk melindungi anda di setiap saluran komunikasi dan menyumbang ke arah ruang digital yang lebih selamat untuk semua rakyat Malaysia.

Antara ciri lain yang ditawarkan oleh Whoscall:


  • Perkhidmatan Caller ID – Membantu anda mengenal pasti pemanggil tidak dikenali supaya anda boleh elak panggilan spam atau gangguan.

  • Penapis SMS – Mengesan dan menyekat mesej SMS spam, termasuk pautan phishing yang licik.

  • ID Security Check Mengimbas kebocoran data peribadi dengan hanya satu sentuhan, membantu anda lindungi maklumat sebelum terlambat.

  • Auto Web Checker (Premium) – Mengimbas pautan yang tidak dikenali secara automatik sebelum anda klik, untuk elakkan penipuan phishing.

  • Pembantu SMS Pintar (Premium) – Menapis mesej berisiko tinggi secara automatik bagi melindungi peti masuk anda.

  • Kemas Kini Pangkalan Data Nombor Secara Automatik (Premium) – Melindungi anda daripada scam yang sentiasa berubah dengan mengemas kini pangkalan data secara berkala. Anda akan tahu siapa yang menghubungi anda tanpa rasa ragu-ragu.


Whoscall bukan hanya bertindak bila scam berlaku. Ia direka untuk mengesan lebih awal dan memberi tindak balas dengan lebih pantas.

Peluang Anda untuk Menikmati Akses Perlindungan Scam Sepenuhnya Secara Percuma

A advertisement for a giveaway<br><br>AI-generated content may be incorrect.

Kini, Whoscall sedang melaksanakan kempen Scam Free Malaysia 2025, sebuah inisiatif nasional untuk membantu rakyat Malaysia mengenal pasti penipuan dan melindungi diri mereka. Dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sokongan daripada J&T Express Malaysia, Whoscall menawarkan satu juta langganan Premium Whoscall selama setahun secara percuma untuk membantu rakyat Malaysia kekal selamat di alam digital.

Inilah peluang anda untuk akses penuh Whoscall premium secara percuma.
Lindungi diri anda 24/7 dengan Whoscall Premium tanpa bayaran. Dengan langganan Premium, anda akan menikmati:


  • Amaran penipuan dalam masa nyata

  • Pangkalan data nombor scam yang dikemas kini secara automatik

  • Pengalaman bebas iklan untuk ketenangan sepenuhnya


Muat turun aplikasi Whoscall dan tebus kod promosi PDRMLawanScams di https://redeem.whoscall.com/en/redeem sebelum 31 Ogos 2025.

Ayuh, bertindak sekarang bersama-sama! Semak mesej anda, lindungi orang tersayang, dan bantu wujudkan komuniti digital yang lebih selamat untuk semua.

Bersama-sama, kita bina Malaysia yang lebih selamat dan bebas daripada scam.